Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun)
Tersebutlah
alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir
bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian.
Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada
ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan
keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa
menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan
kejelitaannya.
Kisah
kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau
teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan
seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya
kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan
berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar
kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.
Tidak
lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang
lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang
lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman
kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut
dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah
ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu
Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana
Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah
diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat
keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.
Kemudian Fir’aun berkata:
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh
kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan
tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:
1. Bahwa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.
Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya
Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai
belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah
dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia
tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah
engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada
Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada
Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang
kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga
kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama
seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.
Fir’aun
sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya
yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang
sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami
kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat
dan beriman kepada Allah SWT.
Pada
suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil
di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman
kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan
kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar
akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang
Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman
mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar
demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua
tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.
Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya
yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat
mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari
Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan
dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya
mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada
Allah SWT dan Nabi Musa AS.
ASIAH
binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan
bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada
tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa
pada ketika itu.
Pada
suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana,
dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir
merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang
itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai.
Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah.
Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.
Pada
ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani
Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan
kerajaan pemerintahan Firaun.
Apabila
berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke
tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh
bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya
ke kamar Asiah
.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.
Apabila
nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi
salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada
suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur.
Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan
kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan heran.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawabannya.
Manusia biasa
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.
"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun
yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak
menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa
sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.
Orang
yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh
Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat
sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.
“Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang menciptakan saya”.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.
Usaha
Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah
kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia
cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman
dengan ajaran nabi Musa.
Namun,
semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung.
Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia
mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling
dari agama Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal,
bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan
empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap
langit.
"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.
"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.
Akhirnya
Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka
hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan
yang sedang diharunginya.
Selepas
beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah
kisah wanita yang berhati baja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah
walaupun disiksa sehingga mati tanpa belas kasihan.